SANTUARI KELAH,
TAMAN NEGARA PAHANG,
SG RELAU MERAPOH
Nikmati pengalaman bermanja dengan ikan kelah yang jinak. Ikan-ikan ini sentiasa menunggu kehadiran pengunjung untuk bermain bersama.
Tentang
Santuari Kelah merupakan produk pelancongan yang menjadi rebutan hangat di Taman Negara Sg Relau, Merapoh pada masa sekarang. Dengan berteraskan konsep konservasi, ia adalah untuk pengekalan dan pembiakan ikan kelah dalam habitat semula jadi. Kawasan ini merupakan kawasan larangan memancing walaubagaimanapun, pelancong dibenarkan untuk memberi makan, bermain, dan mandi bersama ikan – ikan yang jinak ini.
Bagaimana Ke Taman Negara Pahang, Sg Relau, Merapoh, Pahang
Pelawat boleh memandu sendiri atau menggunakan pengangkutan awam, melalui jalan Kuala Lipis, Pahang atau Gua Musang, Kelantan. Pada sesiapa yang menaiki kereta api, hentian terdekat adalah di Stesen Kereta Api Merapoh, Pahang.
HARGA
1-4 orang RM250
5-10 orang RM400
TEMPOH MASA
3 Jam
TERMASUK
- Pengangkutan 4WD Sg relau - Kuala Juram - Sg Relau
- Pemandu Pelancong berlesen
- Makanan Ikan (palet)
TIDAK TERMASUK
- Permit masuk taman negara RM1 seorang
- Lesen camera RM5 Seunit (Termasuk telefon bimbit)
- pelindungan insurans